Bulan Ogos 2010, Teruna balik Semenanjung. maka berjumpalah mereka tuk kali ke dua.Masa tu Gadis sudah bekerja di Shah Alam.Teruna dan Gadis keluar bersama-sama. mereka pergi menonton wayang dan makan. Sampai masanya, Gadis balik dengan hati yang gembira. Tapi Gadis terpaksa berpisah lagi dengan Teruna kerana Teruna perlu kembali ke tempat bertugasnya.
Bulan Oktober 2010, Teruna balik semula ke Semenanjung.Kali ini tuk tempoh masa yang lama kerana Teruna mengatakan bahawa dia perlu berkursus selama 3 bulan di Semenanjung. Gadis amat gembira kerana Teruna tidak jauh darinya. Tuk kali ke 3 Gadis bertemu dgn Teruna..Gadis dan Teruna menghabiskan masa dengan menonton wayang.Gadis telah membawa Teruna ke
Bulan Disember 2010, kehidupan Gadis telah berubah. Gadis telah mendapat pekerjaan di sektor awam. Berita gembira itu dikhabarkan kepada Teruna. Teruna memberi sepenuh sokongan kepada Gadis. Tibalah saat Gadis perlu menghadiri kursus selama 5 hari di Kedah. Teruna menawarkan dirinya tuk menghantar Gadis ke Putrajaya. Gadis amat terharu kerana selama ini tiada lelaki yang begitu mengambil berat akan keadaannya. Hubungan Gadis dan Teruna berjalan seperti biasa.
Disember 2010 Lama Gadis tidak menerima berita daripada Teruna. Gadis mulai risau dan berdoa yg takkan berlaku apa-apa pada Teruna. Seperti biasa, Gadis SMS Teruna untuk bertanya khabar. Teruna membalas dgn mnyatakan bahawa dia agak sibuk.Teruna meminta maaf. Gadis amat memahami tugas Teruna dan langsung tidak berkecil hati atas sikap Teruna. Pada hari itu juga, Teruna datang ke tempat Gadis untuk berjumpa Gadis. Gadis berasa amat gembira. Mereka berjumpa seperti biasa. Gadis telah menerima berita yang amat menyedihkan daripada Teruna. Rupa-rupanya Teruna akan pergi meninggalkan Gadis untuk 1 tempoh masa yang lama. Teruna akan mengikuti misi pengaman di Lubnan selama 1 tahun. Alangkah hibanya hati Gadis..Hati Gadis menangis. Gadis tidak mengalirkan air matanya di depan Teruna kerana tidak mahu Teruna tersalah anggap. Gadis berserah semuanya pada Allah.
Januari 2011 Gadis sepatutnya berjumpa dengan Teruna untuk kali terakhir tetapi Teruna telah mendapat panggilan untuk ke Putrajaya. Gadis sedih tetapi memahami akan tugas Teruna. Hari ini, Gadis mengirimkan doa untuk Teruna semoga sentiasa dilindungiNYA.
Gadis telah mengambil keputusan untuk menanti Teruna. Tetapi andai kata jika kembalinya Teruna dan Teruna bukan juga jodoh Gadis, Gadis redha dan hanya mendoakan kebahagiaan Teruna......Gadis amat menyayangi Teruna walaupun Gadis sendiri tidak pasti perasaan Teruna terhadapnya.

No comments:
Post a Comment