Monday, April 16, 2012

Serba satu?

Hai semua....

Hari ni nak citer pasal hantaran serba satu?Aku dulu pon tak tau pe maksudnye rupe-rupanya serba satu neh de banyak maknanya...

Contohnya, kat Kedah, mereka bayangkan serba satu ni set barang kemas dari atas ke bawah. Sebab tu biler cakap serba satu, mereka macam terkejut dan tertanya-tanya sama ada bkl menantu tu artis ke?huhu..tu la hakikatnya.

Bagi orang Negeri Sembilan, yang dimaksudkan serba satu tu, adalah sepersalinan barang hantaran. Tak de la orang Negeri Sembilan ni zalim sangat.

Semua ni boleh menyebabkan kedua-dua belah pihak bertelagah sebab masing-masing mempunyai pemahaman sendiri. Aku dah mula belajar tentang semua ni.

Yang lebih baik adalah berbincang sebelum membuat keputusan....Memang seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, tetapi kadang-kadang ibu juga perlu lebih memahami sejauh mana kemampuan anaknya itu.Yang paling utama adalah kehidupan selepas kahwin.....

Semoga semua yang dirancang akan menjadi kenyataan....Amin

Friday, April 13, 2012

Hati yang sering membenci

Dari mata trun ke hati...jgan ikut kata hati...macam-macam lagi perumpamaan berkaitan hati.

Dulu aku pernah belajar sesuatu.Setiap kali kita de niat yang buruk, maka terpalit satu noda hitam kat hati kita.Bayangkan kalau tiap-tiap hari kita berniat buruk, sentiasa mengatakan perkara-perkara tak baik tentang seseorang, pasti hitam hati kita.Dan masa tu, hati kita akan mati.Kita dah takkan ada sebarang perasaan lagi. Mungkin masa tu jugak, Allah berikan pembalasan dari sikap kita itu.

macam mana nak bagi hati tu bersih balik?Sekiranya kita bersalah pada seseorang, ucapan maaf harus lah dipinta sebelum terlambat. Banyak-banyak bertaubat dan mengingat ALLAH.Berhenti dari terus berniat tak baik.

Aku mengingatkan juga diri aku ni supaya tak memusuhi sesiapa.Tak menyimpan dendam sebab hati tak tenang bile aku wat sume tu.aku akan biarkan saja mereka-mereka itu terus berkata-kata sehinggalah, tiada lagi perkataan yang dapat mereka keluarkan dari mulut mereka. Yang pasti, aku tak pernah kacau hidup mereka. 

Semoga Allah ampunkan dosa merekan dan diberikan petunjuk sebelum terlambat.

Thursday, April 12, 2012

Tazkirah Jumaat :Menghina orang lain

Salam Ukhwah


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Huraian :

i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang. Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah individu terbabit. Lagipun tidak ada manusia yang suka dirinya diperlekeh dan dihina apalagi di khalayak ramai - admin

Wednesday, April 11, 2012

Cinta itu telah kutemui

11 April 2012

Dah masuk bulan ke 4 bagi tahun 2012. Alhamdulillah, doa aku selama ini dimakbulkan ALLAH. Cinta yang selama ini aku cari, telah aku temui. Tahun 2012 ini akan membawa makna yang begitu besar dalam hidup aku.

Tiada lagi coretan tentang teruna dan dara kerana semua itu hanya tinggal kenangan. Walaupun sekejap bersama teruna, aku akan simpan semua kenangan itu sebaiknya.

Muhammad Khairul Anwar, insan yang akan mewarnai hidup aku selepas ini. Perancangan demi perancangan telah di buat. Mac 2012 - Aku dipertemukan dengan kedua orang tua dia. April 2012- dia menyatakan hasrat untuk menikahi aku. Jun 2012- Famili dia akan datang merisik dan meminang aku. Sept 2012 - InsyaALLAH kami akan disatukan.

Dengan masa yang agak singkat,macam-macam perkara aku kena setelkan.Persiapan kenduri, pelamin, andam,barang hantaran, baju nikah dan yang paling penting sekali WALI...

WALI(Abah) -Aku kena la gi Kelantan untuk mencari abah aku. Aku harap kes wali ni aakan setel secepat mungkin supaya aku leh tumpu kat perkara-perkara lain yang tak kurang pentingnya.

MA - Ma adalah orang yang paling penting sekali. Disebabkan pertukaran tarikh nikah @ tarikh nikah dipercepatkan dari bulan 11 ke bulan 9, aku bertekak sikit ngan ma. Susah nak cakap. Ni semua  sebab masa yang agak singkat.Perkara utama yang difikirkan, adalah Wali. Aku akan rujuk dengan Ustaz  Pej Agama Seremban tentang perkara ni.

Ada Orang cakap, perkahwinan ni macam perjudian.Mungkin betul, mungkin juga tidak.Terpulang pada diri masing-masing tuk menilai. Bagi aku, semua ini ketentuanNYA.Apa je yang berlaku selepas penyatuan dua hati ini, aku kena bersedia dan redha. Sebab apa je yang DIA rancang untuk kita, mesti ada sebabnya dan adalah yang terbaik.

Mungkin ada yang rasa jelik, jengkel, geli dan sebagainya bila aku asik sebut pasal kawin je.Tp ni cara aku share the happiness. Terpulang la pada semua orang tuk menilai. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang neh. Mungkin masa ni lah aku diuji untuk lebih bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Kepada semua yang menyokong aku, terima kasih dan doakan kebahagiaan aku di dunia dan akhirat.

Sekian dulu tuk coretan hari ni.