Wednesday, September 5, 2012

Majlis Pertunangan_26 Mei 2012

Alhamdulillah..

Tanggal 26 Mei 2012, aku telah menjadi tunang kepada Muhammad Khairul Anwar b Md Noor. Dengan hantaran 5 berbalas 7, dan 2 bentuk cincin,majlis pertunangan telah berlangsung dengan lancar.




Rombongan pihak lelaki yg seramai lebih kurang 10 orang, selamat sampai di Kg Jijan pukul 2.30 petang. Ketibaan yang ditunggu dengan penuh debaran.

Ketua Kampung Jijan menjadi wakil keluarga manakala pihak lelaki diwakili oleh sahabat bakal mak mertua aku. Pukul 3.30, maka tersarunglah 2 bentuk cincin dijari aku.



Selesai semuanya, keluarga lelaki dijamu dengan makanan tengah hari iaitu ayam masak lemak cili api, ikan tongkol masak kicap, kerabu, sambal belacan dan sayur. Memang sedap r.

Sampai masanya keluarga puhak lelaki untuk bertolak balik. Aku tak melepaskan peluang tuk bersalam dengan semua orang terutama bakal mak mertua aku. Aku juga telah dinasihati oleh wakil keluarga lelaki agar sentiasa menjaga diri, keluarga dan tidak meninggalkan solat. Aku harap 3 bulan sebelum menjelangnya hari bahagia ini, aku dan dia dapat menjaga batas-batas pergaulan kami.

Inilah yang dinamakan jodoh. Semuanya telah ditentukan. Kadang-kadang ia datang tanpa kita rancang. Aku amat bersyukur dengan semua kurniaanNYA ini. Semoga inilah yang terbaik buat diriku dan keluargaku.


No comments:

Post a Comment