Wednesday, September 5, 2012

Majlis Pertunangan_26 Mei 2012

Alhamdulillah..

Tanggal 26 Mei 2012, aku telah menjadi tunang kepada Muhammad Khairul Anwar b Md Noor. Dengan hantaran 5 berbalas 7, dan 2 bentuk cincin,majlis pertunangan telah berlangsung dengan lancar.




Rombongan pihak lelaki yg seramai lebih kurang 10 orang, selamat sampai di Kg Jijan pukul 2.30 petang. Ketibaan yang ditunggu dengan penuh debaran.

Ketua Kampung Jijan menjadi wakil keluarga manakala pihak lelaki diwakili oleh sahabat bakal mak mertua aku. Pukul 3.30, maka tersarunglah 2 bentuk cincin dijari aku.



Selesai semuanya, keluarga lelaki dijamu dengan makanan tengah hari iaitu ayam masak lemak cili api, ikan tongkol masak kicap, kerabu, sambal belacan dan sayur. Memang sedap r.

Sampai masanya keluarga puhak lelaki untuk bertolak balik. Aku tak melepaskan peluang tuk bersalam dengan semua orang terutama bakal mak mertua aku. Aku juga telah dinasihati oleh wakil keluarga lelaki agar sentiasa menjaga diri, keluarga dan tidak meninggalkan solat. Aku harap 3 bulan sebelum menjelangnya hari bahagia ini, aku dan dia dapat menjaga batas-batas pergaulan kami.

Inilah yang dinamakan jodoh. Semuanya telah ditentukan. Kadang-kadang ia datang tanpa kita rancang. Aku amat bersyukur dengan semua kurniaanNYA ini. Semoga inilah yang terbaik buat diriku dan keluargaku.


Majlis Pernikahanku

Alhamduliillah...aku bersyukur sgt dgn apa yg telah ALLAH kurniakan wat aku..akhirnya aku sah menjadi miliknya.Aku dh bergelar isteri seperti yg aku ingini.Serasa cepat masa berlalu. Kadang-kadang aku macam tak caya dengan ape yg aku kecapi hari ini.Tp inilah hakikat kehidupan...








Semoga aku akan menjadi isteri yg solehah dan cepat2 dikurniakan cahaya mata bagi mengukuhkan lagi ikatan aku dan dia..


Monday, April 16, 2012

Serba satu?

Hai semua....

Hari ni nak citer pasal hantaran serba satu?Aku dulu pon tak tau pe maksudnye rupe-rupanya serba satu neh de banyak maknanya...

Contohnya, kat Kedah, mereka bayangkan serba satu ni set barang kemas dari atas ke bawah. Sebab tu biler cakap serba satu, mereka macam terkejut dan tertanya-tanya sama ada bkl menantu tu artis ke?huhu..tu la hakikatnya.

Bagi orang Negeri Sembilan, yang dimaksudkan serba satu tu, adalah sepersalinan barang hantaran. Tak de la orang Negeri Sembilan ni zalim sangat.

Semua ni boleh menyebabkan kedua-dua belah pihak bertelagah sebab masing-masing mempunyai pemahaman sendiri. Aku dah mula belajar tentang semua ni.

Yang lebih baik adalah berbincang sebelum membuat keputusan....Memang seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, tetapi kadang-kadang ibu juga perlu lebih memahami sejauh mana kemampuan anaknya itu.Yang paling utama adalah kehidupan selepas kahwin.....

Semoga semua yang dirancang akan menjadi kenyataan....Amin

Friday, April 13, 2012

Hati yang sering membenci

Dari mata trun ke hati...jgan ikut kata hati...macam-macam lagi perumpamaan berkaitan hati.

Dulu aku pernah belajar sesuatu.Setiap kali kita de niat yang buruk, maka terpalit satu noda hitam kat hati kita.Bayangkan kalau tiap-tiap hari kita berniat buruk, sentiasa mengatakan perkara-perkara tak baik tentang seseorang, pasti hitam hati kita.Dan masa tu, hati kita akan mati.Kita dah takkan ada sebarang perasaan lagi. Mungkin masa tu jugak, Allah berikan pembalasan dari sikap kita itu.

macam mana nak bagi hati tu bersih balik?Sekiranya kita bersalah pada seseorang, ucapan maaf harus lah dipinta sebelum terlambat. Banyak-banyak bertaubat dan mengingat ALLAH.Berhenti dari terus berniat tak baik.

Aku mengingatkan juga diri aku ni supaya tak memusuhi sesiapa.Tak menyimpan dendam sebab hati tak tenang bile aku wat sume tu.aku akan biarkan saja mereka-mereka itu terus berkata-kata sehinggalah, tiada lagi perkataan yang dapat mereka keluarkan dari mulut mereka. Yang pasti, aku tak pernah kacau hidup mereka. 

Semoga Allah ampunkan dosa merekan dan diberikan petunjuk sebelum terlambat.

Thursday, April 12, 2012

Tazkirah Jumaat :Menghina orang lain

Salam Ukhwah


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Huraian :

i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang. Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah individu terbabit. Lagipun tidak ada manusia yang suka dirinya diperlekeh dan dihina apalagi di khalayak ramai - admin

Wednesday, April 11, 2012

Cinta itu telah kutemui

11 April 2012

Dah masuk bulan ke 4 bagi tahun 2012. Alhamdulillah, doa aku selama ini dimakbulkan ALLAH. Cinta yang selama ini aku cari, telah aku temui. Tahun 2012 ini akan membawa makna yang begitu besar dalam hidup aku.

Tiada lagi coretan tentang teruna dan dara kerana semua itu hanya tinggal kenangan. Walaupun sekejap bersama teruna, aku akan simpan semua kenangan itu sebaiknya.

Muhammad Khairul Anwar, insan yang akan mewarnai hidup aku selepas ini. Perancangan demi perancangan telah di buat. Mac 2012 - Aku dipertemukan dengan kedua orang tua dia. April 2012- dia menyatakan hasrat untuk menikahi aku. Jun 2012- Famili dia akan datang merisik dan meminang aku. Sept 2012 - InsyaALLAH kami akan disatukan.

Dengan masa yang agak singkat,macam-macam perkara aku kena setelkan.Persiapan kenduri, pelamin, andam,barang hantaran, baju nikah dan yang paling penting sekali WALI...

WALI(Abah) -Aku kena la gi Kelantan untuk mencari abah aku. Aku harap kes wali ni aakan setel secepat mungkin supaya aku leh tumpu kat perkara-perkara lain yang tak kurang pentingnya.

MA - Ma adalah orang yang paling penting sekali. Disebabkan pertukaran tarikh nikah @ tarikh nikah dipercepatkan dari bulan 11 ke bulan 9, aku bertekak sikit ngan ma. Susah nak cakap. Ni semua  sebab masa yang agak singkat.Perkara utama yang difikirkan, adalah Wali. Aku akan rujuk dengan Ustaz  Pej Agama Seremban tentang perkara ni.

Ada Orang cakap, perkahwinan ni macam perjudian.Mungkin betul, mungkin juga tidak.Terpulang pada diri masing-masing tuk menilai. Bagi aku, semua ini ketentuanNYA.Apa je yang berlaku selepas penyatuan dua hati ini, aku kena bersedia dan redha. Sebab apa je yang DIA rancang untuk kita, mesti ada sebabnya dan adalah yang terbaik.

Mungkin ada yang rasa jelik, jengkel, geli dan sebagainya bila aku asik sebut pasal kawin je.Tp ni cara aku share the happiness. Terpulang la pada semua orang tuk menilai. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang neh. Mungkin masa ni lah aku diuji untuk lebih bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Kepada semua yang menyokong aku, terima kasih dan doakan kebahagiaan aku di dunia dan akhirat.

Sekian dulu tuk coretan hari ni.

Tuesday, December 13, 2011

Kisah cinta 2011

Dah lame rsnye aku tak mncoretkan sumthing dlm blog aku neh...Firstly, aku nak refresh balik kisah cinta aku..Kisah aku ngan sang teruna dh berkubur..skung ni kisah aku dgn Mr.Y..Kisah bermula mcmni....

Aku ngan Mr.Y berkenalan melalui sebuah laman sosial...Perkenalan kitorang bermula pada Januari 2011..tapi 1st date kitorg pada 12 Mac 2011.Masa tu aku nak g kenduri..aku saje je ajak Mr.Y tuk g sesame.tak sangka lak dia nak ikut.Lpas g kenduri kawin, kitorg g tgk wayang. Best sgt rsnya ms tu.....

Skung dh hampir sthun aku kenal dia.mcm2 perkara yg dh kitorg lalui bersama.Gaduh tu dh jadi asam garam lam hubungan kitorang.Kekadang aku yg merajuk, tp kekadang, dia lak yg merajuk..Bulan 9 adalah hari bahgia aku..Dia dtg beraya di rumah aku.Siap kena interview la ngan mak aku..Memalu kucing je aku tgk dia tu..

Ini la kenangan yg paling berharga tuk tahun neh...Tp hubungan kitorang neh ade pasang surutnya..penah jugak kitorg putus kejap.tp masing-masing mempunyai satu rs yg sama...tak leh dipisahkan.

9hb Dis 2011 - Aku mula menyuarakan hasrat tuk berkahwin pada tahun 2012. Aku amat serius sebab aku tak nak memain lagi lam hidup neh. aku sanggup share demi menghalalkan hubungan yang terbina ni. Aku takut makin lama kitorg cmni, mcm-mcm leh berlaku......Dia ckp dia serius akan beritahu mak dia...tp dia bagitau aku yg mak dia pernah larng dia berkahwin dengan orang Negeri Sembilan..Aku tak tau pe puncanya sebab bagi aku, dari negeri mane pon seseorang tu, same je...tak de beza..

Aku harap sgt yg tahun 2012, semua impian aku akan terlaksana. Aku mmg sygkan dia dan tak sanggup tuk ditinggalkan lagi.....


Muhammad Khairul anwar bin Md Nor..Aku rindu sayang kamu....selamanya...